Penggunaan Peta Minda dalam menulis karangan
Penggunaan
peta minda atau pengurusan grafik adalah sesuai ke arah memudahkan pembacaan
maklumat serta memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu idea
yang bermakna. Ini kerana peta minda adalah merupakan satu kaedah yang berkesan
untuk mendapatkan semua maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan kepada
bentuk yang boleh dilihat. Menurut Poh Swee Hiang ( 2006), peta minda dibentuk
bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam
masa yang sama membuat pengolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait,
membanding, menganalisis dan sebagainya. Bukan hanya itu, peta minda adalah
satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu pelajar
mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, ingat
kembali dan juga menghasilkan idea – idea baru dengan mudah. Kebiasaannya, peta
minda akan dibina di atas sehelai kertas. Manakala idea utama akan ditulis di
tengah- tengah pusat utama, manakala idea sampingan dikembangkan di luar idea
utama dengan menggunakan garisan, anak panah, warna dan sebagainya.
Menurut
Tony Buzan(2009), semua kanak-kanak suka benda berwarna- warni dan suka
melukis. Melukis peta minda merupakan satu aktiviti yang seronok untuk kanak-
kanak. Apabila keadaan ini berlaku di mana kanak-kanak suka melukis peta minda
maka otak mereka akan suka juga terhadap maklumat yang terdapat dalam petan
minda tersebut. Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan ( 2007)
menyatakan, peta minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan
maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan.
Peta minda yang dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.
Penggunaan peta minda ini dalam penulisan karangan jenis fakta Bahasa Malaysia
dapat membantu pelajar membuat rangka karangan. Dengan penggunaan peta minda,
maka pelajar tidak akan menulis isi yang berulang- ulang. Peta minda ini juga dapat
memastikan pelajar membina struktur serta mengorganisasi maklumat dengan
teratur. Penggunaan peta minda juga akan dapat membantu pelajar menghasilkan
karangan Bahasa Melayu yang berkesan.
Berikut merupakan contoh cara menggunakkan peta minda untuk menulis karangan yang bertajuk "Pencemaran alam sering berlaku. Bincangkan jenis dan punca pencemaran".
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home